ETIKA PENCERAMAH
Penceramah hendaklah mematuhi etika berikut semasa menyampaikan ceramah;
a). Menjaga akhlak dalam tindakan
b). Berpakaian sesuai dengan majlis
c). Menepati masa
d). Tidak menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan lucah di dalam pengajaran
e). Mematuhi dan menghormati undang-undang tubuh Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
f). Mematuhi dan menghormati keputusan-keputusan fatwa rasmi Negeri Perlis
g). Memberi maklumat berkaitan agama dengan tepat & bertanggungjawab
h). Tidak menyebut riwayat-riwayat palsu dan seumpamanya, melainkan dengan tujuan menyatakan kepalsuannya.
i). Tidak berkempen untuk mana-mana parti politik
j). Tidak melakukan serangan peribadi kepada mana-mana pihak.
k). Tidak boleh menjual atau berkempen barangan di dalam masjid.