Informasi Tauliah






(Diperakui Dalam Mesyuarat MAIPs Bil.2/2016)
A. OBJEKTIF
Panduan ini bertujuan memberi garis panduan kepada penceramah agama islam di Negeri Perlis bagi menjamin kualiti, keberkesanan dan kawalan.
B. PERLAKSANAAN
1. Tanggungjawab Penceramah
    1.1 Membuat permohonan bagi mendapatkan keizinan berceramah atau mengajar Agama Islam di Negeri Perlis dari Jabatan Mufti
          Negeri Perlis
    1.2 Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan dengan disertakan dokumen-dokumen kelayakan yang
          berkaitan.
    1.3 Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari bekerja sebelum tarikh kejadian.
2. Tanggungjawab Pihak Penganjur
    2.1 Pihak Penganjur hendaklah mendapat keizinan bertulis dari Jabatan Mufti Negeri Perlis untuk menjemput mana-mana penceramah
          luar. Permohonan hendaklah disertakan dengan sijil-sijil pengajian dan maklumat latar belakang penceramah dalam tempoh 14 hari
          bekerja
    2.2 Mematuhi dan meghormati Peraturan Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis.
    2.3 Pihak Penganjur adalah bertanggungjawab jika berlaku sebarang perlanggaran kepada mana-mana Peraturan Pentadbiran Agama
          Islam Negeri Perlis.
3. Etika Penceramah
    Penceramah hendaklah mematuhi etika berikut semasa menyampaikan ceramah;
    a). Menjaga akhlak dalam tindakan
    b). Berpakaian sesuai dengan majlis
    c). Menepati masa
    d). Tidak menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan lucah di dalam pengajaran
    e). Mematuhi dan menghormati undang-undang tubuh Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
    f). Mematuhi dan menghormati keputusan-keputusan fatwa rasmi Negeri Perlis
    e). Mematuhi dan menghormati undang-undang tubuh Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
    f). Mematuhi dan menghormati keputusan-keputusan fatwa rasmi Negeri Perlis
    g). Memberi maklumat berkaitan agama dengan tepat & bertanggungjawab
    i). Tidak berkempen untuk mana-mana parti politik
    j). Tidak melakukan serangan peribadi kepada mana-mana pihak.
    k). Tidak boleh menjual atau berkempen barangan di dalam masjid.
4. Sebarang pertanyaan mengenai Panduan Penceramah Agama boleh diajukan kepada;
Sahibus Samahah Mufti
DATO' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin