Informasi Tauliah




1. Warganegara Malaysia atau telah bermastautin di Malaysia selama tidak kurang satu (1) tahun bermula dari tarikh permohonan tauliah dibuat.
2. Umur minimum ialah 20 tahun bagi kategori Tauliah al-Quran dan 25 tahun bagi Tauliah Umum atau Asas.
3. Mengetahui dan memahami dengan baik Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.
4. Mempunyai kelulusan agama dan akademik bermula dari peringkat rendah (Ibtidaiyyah), atau peringkat menengah (thanawiyyah), atau peringkat ijazah (aliyyah) atau seumpama dengannya yang diiktiraf oleh pihak pemerintah (kerajaan) dari mana-mana institusi pengajian yang berdaftar.
5. Lulus ujian bertulis dan lisan / temuduga yang dijalankan oleh Jawatankuasa.
6. Mempunyai akhlak / atitut yang baik dan memberi komitmen penuh terhadap mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa dari semasa ke semasa termasuk aktiviti atau program yang wajib dihadiri.
7. Bebas dari sebarang sabitan kesalahan dari mana-mana mahkamah.